JATA NEGARA MALAYSIA
Gambar di atas menunjukkan Jata Negara dari dahulu hingga kini.
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang dan bulan sabit mewakili Islam sebagai Agama Persekutuan. Warna kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Terdapat cogan kata, "Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.
Lima bilah keris mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala terdapat empat warna mewakili negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Harimau sebagai lambang keberanian. Pokok Pinang mewakili Negeri Pulau Pinang manakala Pokok Melaka mewakili negeri Melaka. Dua jata di bahagian perisai menandakan:
- Negeri Sabah di sebelah kiri
- Negeri Sarawak di sebelah kanan
Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan terletak di bucu perisai.
Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 5




Comments
Post a Comment